Sunday, May 9, 2010

PERIHAL PLPB

Perihal Pusat Latihan Pembangunan Belia, Kuching (PLPB):
  1. Merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sarawak, di bawah Unit Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.
  2. Merupakan sebuah institusi latihan yang mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Nombor pentauliahan PLPB: K11001.
  3. Latihan yang disediakan adalah percuma. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada peserta yang mengikuti latihan di PLPB.
  4. PLPB menawarkan program latihan SKM sehingga ke Tahap 2.
Permohonan Untuk Mengikuti Program Latihan - Sepenuh Masa:
  1. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Untuk kemasukan ke Sesi 1 - permohonan yang diterima dalam tempoh 16 Jun hingga 15 Disember akan dipertimbangkan. Dan kemasukan Sesi 2 - permohonan yang diterima dalam tempoh 16 Disember hingga 15 Jun akan dipertimbangkan.
  2. Sesi Latihan: Sesi 1 - Januari hingga Jun dan Sesi 2 - Julai hingga Disember setiap tahun.

HTML clipboard

No comments:

Post a Comment