Sunday, May 9, 2010

PERIHAL KURSUS

Kursus Yang Ditawarkan:
  1. Juruteknik Instrumen (Kelayakan masuk: SPM serta lulus Bahasa Inggeris, Sains & Matematik)
  2. Juruteknik Elektronik Industri (Kelayakan masuk: SPM serta lulus Bahasa Inggeris, Sains & Matematik)
  3. Jurukimpal Arka (Kelayakan masuk: SPM)
  4. Jurukerja Paip (Kelayakan masuk: PMR / Tamat Sekolah Rendah)
  5. Jurubina Bangunan (Kelayakan masuk: PMR / Tamat Sekolah Rendah)
  6. Pembuat Perabot (Kelayakan masuk: PMR / Tamat Sekolah Rendah)
  7. Pembuat Pakaian Wanita (Jahitan) (Kelayakan masuk: PMR / Tamat Sekolah Rendah)
Syarat Am Kemasukan:
  1. Warganegara Malaysia, bermastautin di negeri Sarawak
  2. Berumur di antara 17 tahun hingga 26 tahun.
  3. Berstatus bujang
  4. Sihat tubuh badan
  5. Mempunyai kelayakan minimum sepertimana yang ditetapkan.
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon.

BORANG PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI LATIHAN

Borang Kemasukan PLPB

PERIHAL PLPB

Perihal Pusat Latihan Pembangunan Belia, Kuching (PLPB):
  1. Merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sarawak, di bawah Unit Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.
  2. Merupakan sebuah institusi latihan yang mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Nombor pentauliahan PLPB: K11001.
  3. Latihan yang disediakan adalah percuma. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada peserta yang mengikuti latihan di PLPB.
  4. PLPB menawarkan program latihan SKM sehingga ke Tahap 2.
Permohonan Untuk Mengikuti Program Latihan - Sepenuh Masa:
  1. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Untuk kemasukan ke Sesi 1 - permohonan yang diterima dalam tempoh 16 Jun hingga 15 Disember akan dipertimbangkan. Dan kemasukan Sesi 2 - permohonan yang diterima dalam tempoh 16 Disember hingga 15 Jun akan dipertimbangkan.
  2. Sesi Latihan: Sesi 1 - Januari hingga Jun dan Sesi 2 - Julai hingga Disember setiap tahun.

HTML clipboard